Thursday, December 1, 2011

FMT - Pembangkang 100 kali lebih rasis

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak tanggapan awam bahawa parti itu bersifat rasis kerana hanya mempertahankan hak sesuatu kaum sahaja.

Sebaliknya beliau menganggap pihak yang melakukan tohmahan itu jauh lebih rasis berbanding Umno.

“Cuma orang yang bersikap terlalu rasis sahaja, sepanjang masa, apabila satu pihak bercakap tentang satu kaum, dia kata kita rasis.

“Padahal mereka tidak sedar dia 100 kali lebih rasis daripada kita,” katanya kepada pemberita selepas ucapan perasmian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Katanya, walaupun Umno jelas merupakan parti politik tunggal bagi kaum Melayu, namun parti itu sanggup bekerjasama dan berkongsi kuasa dan memperjuangkan hak kaum lain demi perpaduan.

Katanya, sebagai tunjang perjuangan Melayu, Umno tetap bersedia sama ada parti itu berada dalam keadaan kuat atau lemah.


Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...