Saturday, December 3, 2011

FMT - Rahim dakwa kes beliau tak sama dengan Shahrizat

KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, kes beliau yang terpaksa meletakkan jawatan kerajaan dan parti tidak sama dengan yang sedang dihadapi ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Abdul Rahim berkata beliau terpaksa meletakkan ketua Pemuda Umno dan ketua menteri Melaka pada tahun 1994 kerana kehendak Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan perdana menteri waktu itu.

Beliau menegaskan pemecatannya bukan kerana kehendak kabinet atau pun skandal seks dengan remaja buah umur.

Skandal seks itu dicetuskan oleh pemimpin DAP iaitu Lim Guan Eng yang kini ketua menteri Pulau Pinang dan setiausaha agung DAP.

Mahkamah bagaimanapun membebaskan Abdul Rahim dan memenjarakan Lim.

Manakala Shahrizat pula kini berdepan dengan dakwaan penyalahgunaan dana pusat ternakan negara (NFC) membabitkan wang RM250 juta.


Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...