Monday, December 19, 2011

FMT - ‘Dr M, pusing belakang, Alif-Lam-Lam-Ha!’

Kadang-kala isu semasa hari ini ada yang menyebabkan saya terkenang-kenang memori silam semasa saya masih lagi di alam budak- budak kampung dahulu.

Ketika di zaman kanak-kanak dahulu, musim cuti sekolah memang masa paling menyeronokan, asal celik sahaja mata, dalam kepala terus teringat ingin bertemu rakan-rakan untuk bermain.

Sehinggakan kadang-kala akibat terlalu seronok bermain, emak kami pula terpaksa menuruti kami gara-gara terlajak bermain dan tidak menghiraukan untuk pulang di waktu makan tengahari.

Bagi mengelakkan dimarahi oleh emak dan didenda tidak dibenarkan keluar pada sebelah petangnya, maka pelbagailah alasan ‘separuh benar’ (alasan benar tetapi ditambah sesedap rasa) diberikan.

Bagaimanapun kadang-kala emak tidaklah mudah terus percaya bulat-bulat alasan-alasan separuh benar yang saya berikan itu.

Meskipun lazimnya kanak-kanak dikatakan tidak akan menipu tetapi bagi saya, perumpamaan ini bolehlah dianggap hanya separuh tepat kerana terdapat juga kanak-kanak yang menipu, terutama kanak-kanak di zaman edan ini.

Bagi saya, lebih tepat dengan andaian bahawa kanak-kanak tidaklah pandai menipu kerana penipuan mereka lebih mudah dikesan berbanding penipuan orang dewasa atau orang tua-tua.



read more at FMT.com

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...