Thursday, December 15, 2011

FMT - Himpunan kebebasan akademik: 15 pelajar ditahan

KUALA LUMPUR: Kira-kira 15 pelajar universiti tempatan hari ini ditahan di Stesen KL Sentral di sini kerana terlibat dalam Himpunan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas).

Ketua Polis Brickfields Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata pelajar terbabit ditahan dibawah Seksyen 27 Akta Polis kerana mengadakan perhimpunan haram.

Berumur lingkungan antara 20 hingaa 22 tahun, menurut Wan Abdul Bari antaranya merupakan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Industri Selangor (Unisel), dan Universiti Tun Abdul Razak.

Selain itu, Presiden Bebas Mohd Safwan Awang turut ditahan.

“Pihak polis telah memberikan tempoh dua minit bagi pelajar terbabit untuk menyuarakan hasrat tetapi mereka mula berarak sekitar KL Sentral.

“Ini tidak boleh diterima kerana mengganggu orang awam yang hendak menggunakan perkhidmatan awam,” katanya kepada pemberita.

Mereka kini dibawa ke Balai Polis Travers untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, ditanya tentang himpunan mahasiswa di Dataran Merdeka Sabtu ini, Wan Abdul Bari berkata mereka masih belum menerima permohonan permit daripada mana-mana pihak.


read more at FMT.com

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...