KUALA LUMPUR, 30 Dis — Adam Adli Abdul Halim hanya seorang aktivis mahasiswa sehingga perbuatannya menurunkan bendera bergambar Datuk Seri Najib Razak semasa satu demonstrasi aman mendapat perhatian utama media.
Berikutan insiden itu, bermula sebagai satu bantahan kecil mahasiswa menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember kini menjadi pergerakan yang semakin besar, melibatkan mahasiswa, pensyarah universiti, rakyat — bersatu dan mendesak kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), yang mana dengan tegas tidak membenarkan berpolitik di kampus.
Ia juga telah meletakkan mahasiswa berumur 22 tahun dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang publisiti awam.
Walaupun dikenali secara tiba-tiba, Adam Adli tetap berharap apa yang berlaku itu “akan berakhir selepas 40 tahun memperjuangkannya.”
“Kebebasan akademik akan menjadi satu masalah besar yang perlu diperjuangkan bersama untuk membina semula negara yang sudah rosak. Ia sangat penting seperti isu-isu lain yang dibincangkan dalam masyarakat,” kata Adam Adli kepada The Malaysian Insider.
“Ramai orang termasuk mahasiswa tidak pernah mendengar tentang kebebasan akademik, AUKU dan carta magna (satu undang-undang yang dirangka mahasiswa bagi menggantikan akta itu) sehingga ia (insiden) terjadi. Sekarang penulis blog pro-kerajaan berusaha keras untuk memahaminya,” tambahnya.
Tambah Adam Adli, beliau tetap mempertahankan tindakannya itu sambil menyifatkan “menurunkan bendera adalah tanda bantahan.”
read more at TMI.com