Sunday, December 18, 2011

TMI - ‘Lihat siapa pemilik San Miguel’ sebelum cabar Anwar, Mahathir digesa

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad digesa melihat dahulu siapa pemegang saham dalam syarikat arak San Miguel sebelum mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menunjukkan surat didakwa ditulisnya kepada Bank Dunia meminta bantuan semasa krisis kewangan 1997/98.

Semalam, Dr Mahathir mencabar Anwar, Ketua Pembangkang dalam isu itu sambil menegaskan beliau orang yang menolak pinjaman Bank Dunia pada masa itu.

“Beberapa hari lalu Dr Mahathir telah mencabar Anwar bersumpah dengan menjunjung al-Quran. “Sewajarnya sebelum bekas perdana menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al-Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel,” kata PKR dalam satu kenyataan pejabat Anwar Ibrahim hari ini. Laporan media ini pernah mengaitkan pegangan saham dalam San Miguel, syarikat dari Filipina, dengan anak lelaki Dr Mahathir iaitu Mirzan. Kenyataan itu menambah, sewajarnya dinyatakan tatkala masih menyandang jawatan Menteri Kewangan, Anwar telah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu.

“Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul,” kata kenyataan itu yang menyertakan pautan laman web menunjukkan Dr. Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau sendiri. Katanya, jika diteliti, ia jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran Dr. Mahathir. Dalam satu reaksi semalam, Dr Mahathir berkata, “saya tahu kalau kita terima pinjaman daripada Bank Dunia, kita akan menjadi hamba kepada mereka yang tolong kita dan disebabkan itu kita tidak berbuat demikian.”

“Kalau apa yang dikatakan oleh Anwar itu benar, saya cabar dia bersumpah laknat di masjid dengan al-Quran. “Saya sanggup berbuat demikian sekiranya diperlukan,” katanya lagi. Dr Mahathir memecat Anwar sebagai dari jawatan kerajaan pada awal September 1998 dan sebagai timbalan presiden Umno serta dikenakan tuduhan liwat dan salah guna kuasa.

read more at TMI.com

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...