Sunday, January 1, 2012

TMI - Dakwat kekal bukan jaminan PRU telus, tegas Anwar

KUALA LUMPUR, 30 Dis — Walaupun Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengumumkan pindaan peraturan bagi mewajibkan penggunaan dakwat kekal namun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ia bukan jaminan pilihan raya negara akan dijalankan dengan bebas dan bersih.

Ini kerana menurut Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, masih terdapat banyak perkara yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau menambah proses demokrasi dan pengendalian pilihan raya boleh dijalankan secara bebas dan adil sekiranya SPR melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0)

“Namun demikian, perubahan kecil ini tidak seharusnya dilihat sebagai jaminan kepada proses pengendalian pilihan raya yang telus, bebas dan bersih sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Anwar (gambar), selain 10 cadangan yang disyor PSC untuk memperbaiki proses pilihan raya, jawatankuasa yang melibatkan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat dan Bebas juga perlu mempertimbangkan secara menyeluruh lapan tuntutan dikemukakan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

“Saya percaya demokrasi dan proses pilihan raya bebas dan adil sewajarnya turut didukung dengan amalan serta pendekatan yang menjurus kepada kebebasan media dan kempen terbuka.

“Agensi media awam sewajarnya bersikap lebih adil dalam memberikan liputan untuk semua parti politik dan kempen politik parti-parti pembangkang sewajarnya tidak didiskriminasi menerusi tapisan melampau yang tidak munasabah serta mencabul hak kebebasan bersuara,” katanya.



Read more at TMI.com

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...