Thursday, January 5, 2012

TMI - IGP: Polis tidak haramkan perhimpunan 9 Julai, arah penganjur bincang kawasan lebih sesuai

KUALA LUMPUR, 5 Jan — Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, hari ini berjanji pihak berkuasa tidak akan mengharamkan perhimpunan 9 Januari depan, sebaliknya menuntut penganjur berunding dengan pihaknya berkenaan kawasan yang sesuai untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

“Kami tidak akan menghalang perhimpunan 9 Januari, pihak polis hanya mahukan perhimpunan itu dilakukan di kawasan yang lebih sesuai,” katanya yang dipetik daripada The Star.

“Saya sudah arahkan ketua polis bandaraya untuk memanggil penganjur dan berbincang berkenaan perkara itu,” tambahnya.

Ismail (gambar) berkata, beliau sedar terdapat usaha untuk mengadakan perhimpunan berhampiran Mahkamah Tinggi Jalan Duta Isnin ini, hari yang sama hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah membuat keputusan terhadap kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sehubungan itu, pihak polis sudah bersedia untuk memastikan tahap keselamatan terhadap orang ramai dan harta benda awam terutamanya perkara yang keselamatan negara.

“Pihak berkuasa akan menasihati orang ramai agar bersurai, dan sekiranya mereka ingkar, terdapat pelbagai cara lagi yang akan digunakan sekiranya keadaan memerlukan.

“Beliau turut menuntut orang ramai agar bersikap lebih matang dan objektif terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.



read more at TMI.com

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...