Saturday, March 17, 2012

FMT - 300 penyokong berarak solidariti Syria

FMT.comKUALA LUMPUR: Kira-kira 300 penyokong daripada 30 NGO hari ini berarak ke kedutaan Syria bagi membantah kekejaman rejim Presiden Bashar al-Assad ke atas rakyatnya.

Perarakan itu dibuat bagi menunjukkan solidariti selepas setahun kebangkitan rakyat Syria menuntut kebebasan sejak 15 April tahun lalu apabila 40 tahun hidup sengsara dibawah kuasa al-Assad.

Berjalan sejauh kira-kira 2 kilometer daripada Masjid Tabung Haji ke Kedutaan Syria di Jalan U-Thant selepas solat Jumaat, turut serta dalam perarakan adalah kumpulan pelajar dan rakyat Syria di Malaysia.

Mereka dengan semangat melaungkan takbir dan beberapa tuntutan, antaranya ‘Undur Assad’, ‘Bebaskan Syria’.

Sementara empat wakil daripada NGO terbabit menghantar memorandum mengandungi empat tuntutan.

Mereka adalah Pengarah Sekretariat Gabungan Selamatkan Islam Syria Naim Jusri, Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Ketua Biro Relawan Haluan Ahmad Fisal Mat Salleh, serta Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Mohd Rahimy Rahim.



read more at FMT.com

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...