Sunday, October 30, 2011

FMT - BN paling baik, kata Muhyiddin

KOTA KINABALU: Rakyat tidak mempunyai pilihan kerajaan yang lebih baik selain daripada BN, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Katanya rakyat di negara ini lebih terpelihara, malah bertuah berada di bawah pentadbiran BN berbanding kebanyakan negara lain.

“Dalam tempoh 54 tahun kemerdekaan negara dan kemerdekaan di Sabah kurang sedikit daripada (usia) itu, kita telah menganjak pembangunan masyarakat kita ke satu kedudukan yang lebih baik.

“Situasi negara kita yang aman, damai dan makmur terhasil atas kebijaksanaan pemimpin dan masyarakat yang mendukung prinsip kerjasama, perpaduan, saling membantu dan menghormati di antara satu sama lain,” katanya ketika merasmikan Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri di sini.

Jelasnya, bagi sebuah negara yang mempunyai rakyat majmuk, kepimpinan negara sejak dahulu telah mengiktiraf perbezaan budaya dan kepercayaan sebagai kekuatan untuk membangunkan negara.


Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...