“Pengedarannya lewat 17 hari dari tarikh pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober,” kata Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media.
Menurut beliau, kegagalan pengedarannya dibangkitkan berulang kali oleh Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, meskipun sebenarnya Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan siap ditandatangani oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Haji Amrin Bin Bujang pada 8 Julai 2011.
Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Kewangan Dan Aktiviti Serta Pengurusan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Persekutuan juga siap ditandatangani pada 16 Jun 2011.
“Sewajarnya tidak timbul masalah lewat mengedarkan laporan tersebut kecualilah ada muslihat untuk menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan rakyat,” ujar Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.
read more at FreeMalaysiaToday.com