Wednesday, October 26, 2011

FMT - Perkasa tidak mahu calon anti-Melayu, Islam

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi amaran ahlinya tidak akan mengundi mana-mana calon pilihan raya umum ke 13 (PRU13) yang bersifat anti-Melayu dan Islam, serta tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata pihaknya kini sedang memerhatikan calon PRU13 yang sering mengeluarkan kenyataan sensitif sedemikian.

Selepas itu, katanya arahan akan dikeluarkan kepada setiap ahlinya di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) melalui pelbagai medium termasuk sistem khidmat pesanan ringkas (sms) supaya tidak mengundi calon tersebut.

Katanya, tindakan itu akan dilakukan tidak kira calon parti politik Pakatan Rakyat mahupun Umno dan Barisan Nasional (BN) sendiri.

“Perkasa akan nyahkan mana-mana calon yang anti-Melayu, anti Islam dan menentang Perlembagaan, jadi mereka takkan dapat undi.

“Ingatlah mana-mana pihak yang nak jadi calon hati-hati bila bercakap.


Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...