Thursday, November 24, 2011

FMT - Akta baru akan halang ceramah parti politik

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 boleh menghalang parti politik khususnya Pakatan Rakyat daripada mengadakan ceramah mingguan.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang juga naib presiden PKR berkata, undang-undang itu memberi kuasa kepada polis untuk menghalang pengeluaran permit ceramah kerana memperuntukkan permohonan selama sebulan, berbanding seminggu ketika ini.

Begitu juga dengan larangan kehadiran kanak-kanak dan warga asing dalam ceramah yang pastinya menyukarkan penganjur parti politik.

“Keadaan ini seperti mahu mengharamkan terus ceramah politik Pakatan Rakyat.

“Kita tak mampu kawal jika ada orang asing yang turut serta atau orang awam yang bawa anak-anak dengar ceramah…kalau tak penganjur didenda sehingga RM20,000,” katanya di luar bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan rang undang-undang ini akan diluluskan dalam masa terdekat, berkemungkinan minggu hadapan memandangkan ia dibahas secara tergesa-gesa.

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...