Monday, November 7, 2011

TMI - Guan Eng: Anwar tetap PM jika Pakatan tawan Putrajaya

KUALA LUMPUR, 7 Nov ― Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya meskipun Ketua Pembangkang itu disabitkan kesalahan dalam kes liwat semasa.

Lim mengulas laporan media bahawa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mempersoalkan siapa yang akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat kelak.

“Kami telah pun mengatakan banyak kali. Anwar (gambar) akan menjadi perdana menteri,” kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Kami telah pun mengatakan siapa yang akan menjadi perdana menteri apabila Pakatan Rakyat menang (kerajaan pusat). Jadi, ia sangat jelas,” kata Lim dalam rakaman sidang media yang diadakan di George Town hari ini.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, sedang berhadapan kes liwat ― yang kedua sejak 1998 dan kini berada peringkat penghujahan selepas pihak pembela selesai membentangkan kes mereka.


Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...