Nik Abdul Aziz, 80, berkata tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
“InsyaAllah saya akan bertanding lawan Umno. Saya tak kisahpun orang sebut nama saya pada perhimpunan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990. Pada pilihan raya umum 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Chempaka mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar dengan majoriti 4,249 undi.
Sementara itu Nik Abdul Aziz enggan menjawab kenyataan seorang penceramah PAS menyamakannya sebagai nabi.
Menurut Menteri Besar itu beliau tidak dapat memberi jawapan kerana tidak tahu “hujung pangkal” perkara tersebut.
read more at FreeMalaysiaToday.com