Timbalan Pengerusinya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, sekarang ini SPR bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membersihkan nama mereka yang sudah meninggal dunia.
“SPR sejak dulu lagi memberi perhatian yang serius membersihkan daftar pemilih ini,” katanya kepada pemberita selepas program Taklimat Pengurusan Pilihan Raya kepada pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus dan pembantu pilihan raya negeri Terengganu di sini hari ini.
Menurut Wan Ahmad (gambar) tiap-tiap tahun SPR membersihkan lebih kurang 50,000 nama mereka yang sudah meninggal dunia daripada daftar pemilih di seluruh negara.
“Proses membersih daftar pemilih mereka yang telah meninggal dunia disemak oleh SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara setiap hari,” katanya dipetik Bernama Online.
Wan Ahmad berkata jumlah pemilih yang berdaftar di seluruh negara sekarang ini lebih kurang 12.4 juta dan berharap mereka yang belum berdaftar supaya berbuat demikian.
read more at TheMalaysianInsider.com