Monday, December 12, 2011

FMT - BN berpeluang cerah menang, kata Dr M

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata BN berada dalam kedudukan yang baik untuk memenangi pilihan raya umum akan datang, yang mungkin diadakan awal tahun depan.

Bagaimanapun, beliau berkata persoalannya ialah sama ada BN akan memperoleh majoriti, memandangkan sebuah kerajaan yang lemah akan diserang oleh pembangkang, yang akan mewujudkan isu untuk melemahkannya.

“Saya fikir mereka kini sibuk berkempen untuk memastikan mereka boleh menang.
Perhimpunan Agung Umno agak baik, sambutannya agak bagus. Nampaknya seperti Umno kini kembali semula menjadi popular kepada rakyat,” katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Dr Mahathir berkata pilihan raya mungkin diadakan tahun depan, sungguhpun tempoh penggal Parlimen sekarang hanya akan berakhir pada 2013.

“Jika pilihan raya diadakan terlalu awal, negeri-negeri yang dikuasai pembangkang mungkin tidak mahu mengadakannya kerana mereka ingin mengekalkan negeri-negeri berkenaan dan cuba memenangi negeri lain pula. Mungkin itu yang akan menjadi strategi mereka.


Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...