Friday, February 24, 2012

TMI - Najib nafi ketepikan MB dan KM Pakatan

KUALA LUMPUR, 24 Feb - Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan beliau menolak Pakatan Rakyat dengan tidak membenarkan wakil mereka menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Selasa lalu.

Perdana Menteri memberitahu pada sidang media malam tadi bahawa mesyuarat itu merupakan "penyelarasan" antara pusat dan kerajaan negeri dan bukan yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Mesyuarat itu, mengikut Perlembagaan, melibatkan semua negeri, kami panggil semua menteri besar dan ketua menteri dari pembangkang...seperti jawatankuasa tanah, kerajaan tempatan dan mesyurat melibatkan kewangan negeri... Kami menghormati Perlembagaan," kata Presiden Umno selepas mempengerusi mesyuarat majlis tertinggi parti itu.

"Mesyuarat itu diadakan dua hari lalu lebih kepada penyelarasan antara kerajaan negeri dan pusat dan ia hanya untuk Menteri Besar dan Ketua Menteri Barisan Nasional (BN)," tambah beliau.

Najib menambah ia amalan biasa sebelum ini, mengulangi tidak menolak pemimpin Pakatan Rakyat.



read more at TMI.com

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...