Friday, February 24, 2012

TMI - Najib berdiam diri soal RCI di Sabah

KUALA LUMPUR, 24 Feb — Datuk Seri Najib Razak malam tadi berdiam diri mengenai suruhanjaya diraja siasatan (RCI) bagi mengkaji isu pendatang asing tanpa izin di Sabah, berkata perkara itu masih dalam pertimbangan.

"Kita sedang timbang," kata perdana menteri apabila ditanya untuk mengesahkan tuntutan anggota Kabinet bahawa persetujuan membentuk RCI dicapai.

Najib tidak menjawab soalan itu sebaliknya mahu ke soalan lain, soalan yang tidak berkaitan apabila menemui wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Beliau menjawab malam tadi menjawab isu-isu yang penting dan bahan api dibangkitkan minggu lalu oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah atas persetujuan Putrajaya untuk membentuk RCI.

Awal bulan ini, menteri persekutan dan presiden UPKU Tan Sri Bernard Dompok mengumumkan di media Kabinet bersetuju untuk membentuk RCI.

Pemimpin negeri kemudian menjangkakan Najib secara rasmi akan mengumumkannya semasa lawatan kerja dua hari minggu lalu namun perdana menteri langsung tidak menyentuh perkara itu.

Khabar angin bermula dan laporan berita Internet dilaporkan berkata kemungkinan Najib mempunyai keputusan bertentangan dengan Kanbinet, ada yang mendakwa satu "pertemuan sulit" dengan pemimpin kuat Umno yang mengingatkan perdana menteri bahawa BN akan hilang sokongan kuat jika RCI tidak dibentuk.

Pemimpin parti pembangkang menggunakan peluang itu untuk menarik sokongan rakyat, menegaskan parti BN Sabah tidak memiliki pengaruh politik untuk membuat keputusan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang menuntut penjelasan sama ada tuntutan Dompok hanya "berita panas."

Namun sumber BN Sabah mengesahkan bahawa kenyataan Dompok itu benar, berdasarkan minit mesyuarat Kabinet.

Pemimpin itu berkata menteri persekutuan itu bersetuju untuk pembentukan RCI pada 8 Februari dan menyerahkan tugas itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz untuk menyelaras skop siasatan.



read more at TMI.com

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...