PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong Drs Khalil Idham Lim menyifatkan kerakusan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) membolot projek bernilai berjuta-juta ringgit dan menyelewengan dana yang diberi menyerlahkan sifat gelojoh mereka.
“Mereka ni (pemimpin-pemimpin BN) sungguh menyusahkan rakyat dan seolah-olah mereka bersarapan dengan wang dan bukan makan nasi,” katanya dalam satu kenyataan yang diemelkan kepada FMT.
Beliau merujuk kepada skandal terbaru melibatkan peruntukan dana sebanyak RM250 juta untuk projek ternakan lembu di Gemas, oleh syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Menurut Khalil Idham, memandangkan Pilihan Raya Umum ke 13 semakin hampir maka disitulah medan yang paling berkesan untuk membakul sampahkan BN yang selama ini menyusahkan rakyat.
“Malaysia perlu diselamatkan dari cengkaman pemimpin Umno-BN yang khianat agar rakyat boleh mengecapi sinar keadilan dan kemakmuran yang sekian lama diharapkan,” kata beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat negeri Perak.
Beliau berkata, “(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak hanya diam membisu sedangkan wang tersebut telah dirompak begitu sahaja oleh pemimpin ‘haprak’ BN, nilai wang ini jika diikutkan boleh membantu ramai rakyat Malaysia yang sedang berada dalam kesempitan hidup.
read more at FreeMalaysiaToday.com