Tuesday, November 1, 2011

FMT - BN bersekongkol dengan Israel

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa berkata sikap membisu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed apabila diajukan soalan mengenai hubungan diplomatik dengan Israel disifatkan mempunyai ‘udang disebalik batu’.

Er mendapati kenyataan dalam sebuah laman web www.anakmudamalaysia.com bahawa wujud beberapa dokumen kastam, buku-buku dan ucapan Menteri Perdagangan dan Industri Israel yang menunjukkan hubungan dagang dengan Malaysia.

Maka penjelasan lanjut dikemukakan beliau ketika persidangan Dewan Rakyat semalam sehingga menyebabkan beliau diarahkan meninggalkan dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Katanya disebabkan keengganan menteri menjawab disebalik kebenaran laman web itu menunjukkan seolah-olah kerajaan menyorokkan sesuatu berhubung hal tersebut.

“Saya hanya meminta Menteri untuk menjawap benar atau tidak wujudnya hubungan dagang ini. Sekiranya tidak, Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Menteri Perdagangan dan Industri Israel, Mischa Harish yang menyebut secara jelas dalam kata-kata aluan beliau dalam majalah promosi perdagangan Isreal.

Menteri Israel itu dipetik sebagai berkata, “The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industry that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the
development of trade in this continent.”

“Kenyataan Mischa Harish ini boleh mengguris hati bukan sahaja umat Islam di Malaysia tetapi juga seluruh rakyat yang mengutuk kekejaman tentera Zionis Israel terhadap rakyat awam Palestin beberapa tahun ini,” dakwa beliau.


Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...