Tuesday, November 1, 2011

FMT - MCA, Gerakan seperti sudah tiada

PETALING JAYA: “Bagi orang-orang Cina, parti MCA dan Gerakan macam sudah tidak ada lagi,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong Drs Khalil Idham Lim kepada FMT.
Malahan katanya, parti-parti Cina kini menjadi beban bagi masyarakat Cina dan mereka sudah hilang keyakinan kepada kedua-dua parti itu untuk membela nasib bangsa mereka, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Khalil Idham berkata, di Perak orang-orang Cina tidak percaya lagi kepada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, tanah di Perak banyak, tanah pertanian, tanah perindustrian, tanah kilang tetapi kerajaan negeri mungkir janji dan tidak memberi geran tanah yang dipohon oleh masyarakat Cina dan orang Melayu sedangkan mereka mengusahakan tanah-tanah itu sejak sekian lama.

“Sebaliknya pemimpin-pemimpin Umno-Barisan Nasional di negeri itu khianat kerana menolak permohonan rakyat tetapi kemudian menukar nama pemohon kepada saudara mara dan kroni mereka serta akhirnya diberikan geran tanah,” jelas beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat negeri Perak dan dan AJK Perhubungan PAS negeri.


Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...