Wednesday, November 2, 2011

FMT - Gerakan akademik kini di tangan mahasiswa

KUALA LUMPUR: Gerakan akademik bukan lagi diterajui ahli akademik seperti suatu ketika dahulu, sebaliknya perubahan itu kini bergantung kepada mahasiswa, kata pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Wan Manan Wan Muda.

“Ahli akademik di Malaysia kini boleh dianggap sebagai warga kelas kedua,” katanya dalam Forum ‘Kebebasan Akademik di Malaysia’ di sini malam tadi.

Mengambil contoh krisis 1985, beliau berkata kebangkitan ahli akademik dapat dilihat apabila krisis dua pensyarah dikenakan tindakan disiplin apabila secara terbuka mengeluarkan kenyataan hasil daripada bengkel yang dianjurkan.

Beliau berkata insiden yang menimpa pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari, merupakan ulangan daripada krisis pada tahun 1985.

“Pada 1985 berlaku krisis apabila Husin Yaacob dan Dr Rohana Ariffin berdepan tindakan disiplin apabila mengeluarkan kenyataan bahawa universiti mengalami hakisan demokratik. Husin dipecat manakala Rohana diturunkan pangkat dan gaji.


Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...