Wednesday, November 2, 2011

FMT - Ratusan billboard, banner dan bunting tidak akan selesaikan masalah yang menghantui masyarakat India.

SEREMBAN: “Selesaikah masalah yang membelenggu masyarakat India di Negeri Sembilan dengan memasang ratusan billboard, banner dan bunting sempena sambutan Deepavali di seluruh negeri itu?”

Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani berhubung kebanjiran luar biasa billboard, banner dan bunting yang dipasang oleh kerajaan Negeri Sembilan di seluruh negeri yang memaparkan imej Menteri Besar Mohd Hasan bermesra dengan masyarakat India.

Menurut Mohd Taufek yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, pada tahun-tahun sebelumnya hanya bandar Seremban dan kawasan majoriti India sahaja meriah dengan beberapa banner dan selebihnya puluhan bunting di pasang di tiang lampu jalan.

Bagaimanapun fenomena luar biasa berlaku pada sambutan Deepavali pada tahun ini apabila ratusan billboard, banner dan bunting bukan sahaja di pasang di sekitar Seremban malah hampir di seluruh daerah dan pekan.

“Setahu saya inilah kali pertama saya melihat begitu banyak sekali billboard, banner dan bunting ucapan Selamat Hari Deepavali membanjiri seluruh Negeri Sembilan.


Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...