Saturday, November 26, 2011

TMI - Jawatan PM: Pinda Perlembagaan bukan pendirian PKR atau Pakatan, kata Anwar

OHOR BARU, 26 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tidak akan menyokong sebarang usaha Umno jika mahu meminda Perlembagaan Persekutuan bagi semata-mata menjamin hanya orang Melayu boleh menjadi perdana menteri.

Ketua Pembangkang itu menjelaskan cabaran Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam agar Umno meminda Perlembagaan hanya satu strategi sayap pemuda itu, bukannya pendirian PKR ataupun Pakatan Rakyat.

“Ia satu cabaran sebab Umno terus berkata Melayu, Melayu, Melayu. Jika Umno benar-benar komited, maka kami hendak tahu jika mereka berani lakukan apa yang mereka (terus) perkatakan di kampung-kampung orang Melayu,” kata Ketua Umum PKR ini pada sidang media di sini, dengan diapit oleh Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Kami tidak akan sokong. Jika mereka berani buat syor, kami akan jawab bahawa anda hanya bermain sentimen perkauman meskipun anda tidak membantu orang Melayu. Jadi itulah strategi Pemuda PKR,” kata beliau lagi.

Menurut Anwar, PKR tidak akan sekali-kali melaksanakan perkara itu kerana ia merupakan isu perkauman.
“Sekiranya Umno melaksanakan perkara itu, PKR akan menentang kerana mereka menyokong sentimen politik perkauman,” tegasnya lagi.


Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...