Badrul Hisham Shaharin berkata, kenyataan dan pengakuan Khairy adalah sesuatu yang serius dan Polis Diraja Malaysia seharusnya bebas dan menjadi pelaksanan undang -undang yang bebas.
Semalam, pada ucapan penggulungan Persidangan Agung Tahunan Pemuda Umno, Khairy mengingatkan anggota Umno khususnya Pemuda agar tidak merajuk dan merasa sedih sekiranya tidak terpilih sebagai “calon boleh menang.”
Beliau berkata, golongan tersebut perlu menyemat rasa sayang kepada parti dan perjuangan parti berbanding jawatan dan kedudukan.
“Tengok saya sendiri, selama tiga tahun jadi Ketua Pemuda, walaupun tidak dapat apa (jawatan dalam Kabinet) tidak pernah wujud istilah merajuk atau sedih kerana sayangkan parti dan perjuangan ini,” katanya.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mempunyai formula tersendiri dalam memilih calon boleh menang yang berdasarkan maklum balas rakyat akar umbi dan bukan hanya daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), cawangan khas polis dan perisikan tentera serta Kemas, kata Khairy.
Bagaimanapun Khairy berkata: “Saya sudah ada senarai pendek nama (calon Pemuda), kita akan kemukakan kepada presiden.”
read more at TheMalaysianInsider.com